Latest news
INSTEP Sokong Agenda Dasar TVET Negara melalui Program Latihan Teknikal Wakalah
Home > Latest News > INSTEP Sokong Agenda Dasar TVET Negara melalui Program Latihan Teknikal Wakalah

INSTEP Sokong Agenda Dasar TVET Negara melalui Program Latihan Teknikal Wakalah

Posted date: 27 June 2024

Kuala Nerus, Terengganu, 24 Jun 2024 – Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) berjaya melatih 27 orang asnaf dari kategori fakir dan miskin terpilih di negeri Terengganu melalui program Latihan Teknikal Zakat Wakalah 2024. Program pra-pekerjaan yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) itu memberi pendedahan asas kepada pelatih kemahiran TVET di dalam sektor minyak dan gas. 

Setiap pelatih menerima sijil tamat latihan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan MAIDAM, Norhana Binti Yaakub di dalam satu majlis yang diadakan di INSTEP hari ini. Turut hadir, Pengurus Besar INSTEP, Azhar bin Ahmad. 

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan MAIDAM, Norhana Binti Yaakub memberi ucapan perasmian pada Majlis Penutup Program Teknikal Zakat Wakalah

MAIDAM melalui inisiatif Zakat Wakalah, melantik entiti yang membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat berkenaan untuk mengagihkan sendiri sebahagian kutipan zakat kepada asnaf yang layak. Sebahagian zakat yang dibayar oleh kakitangan PETRONAS  kepada MAIDAM itu dikembalikan kepada Dana As-Syakirin sebagai pemegang amanah yang menguruskan zakat kakitangan PETRONAS. 

Dana As-Syakirin mengagihkan sejumlah dana yang diterima tersebut untuk melatih asnaf di dalam bidang TVET sebagai salah satu usaha meningkatkan taraf hidup mereka melalui penglibatan di dalam sektor minyak dan gas. Manakala INSTEP selaku pusat latihan teknikal minyak dan gas, dilantik sebagai ejen pelaksana yang bertanggungjawab menjalankan pembelajaran  

Melalui program sepenuh masa yang dijalankan selama 4 bulan ini, pelatih didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas di dalam bidang elektrikal dan mekanikal. Selain itu pelajar juga dibekalkan dengan program-program pensijilan tambahan seperti Ujian Tanpa Musnah (NDT), Keselamatan Bekerja di Tempat Terkurung (AESP), Pengetahuan Bantuan Cemas, Latihan Keselamatan dan Kesihatan (OGSP), dan Induksi Asas Keselamatan Luar Pesisir dan Latihan Kecemasan (BOSIET). Sijil-sijil tersebut merupakan keperluan penting yang melayakkan setiap individu untuk bekerja di dalam industri minyak dan gas. 

Di dalam usaha meningkatkan nilai tambah program, INSTEP juga turut memperkenalkan modul sampingan seperti subjek Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Kesedaran Kemampanan. Selain daripada itu, aspek pembinaan keterampilan diri dan personaliti yang professional juga turut disertakan di dalam program tersebut. Pelatih-pelatih juga turut terlibat di dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan di dalam kampus, seperti sukan, riadah serta aktiviti pengukuhan pasukan (team building).

Sepanjang tempoh program, selain kemudahan penginapan dan makanan, setiap pelatih turut menerima elaun bulanan sebanyak RM500.  

“Kami berharap, program ini mampu menarik minat setiap pelatih untuk terlibat di dalam industri ini, seterusnya meningkatkan kemahiran mereka untuk diterima bekerja dengan syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas”, tambah Mohamad. 

Share Article