Latest news
48 Asnaf Tamat Latihan di INSTEP, Siap Sedia Jejak Industri
Home > Latest News > 48 Asnaf Tamat Latihan di INSTEP, Siap Sedia Jejak Industri

48 Asnaf Tamat Latihan di INSTEP, Siap Sedia Jejak Industri

Posted date: 27 May 2025

Seramai 48 asnaf diraikan dalam Majlis Penutup Oil and Gas Wakalah Technical and Vocational Education Training (TVET) Programme (OGWTP) Kumpulan 2/2024 yang berlangsung di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), setelah berjaya menamatkan latihan teknikal dan penempatan industri selama enam bulan.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, Dato’ Ariffin Deraman, yang menyampaikan sijil tamat latihan.

Pelaksanaan OGWTP tahun ini menyaksikan peningkatan signifikan daripada aspek capaian, pembangunan modul dan penglibatan industri, selaras dengan usaha PETRONAS dan rakan strategik untuk memperluas impak program.

Antara penambahbaikan utama termasuk peluasan bidang latihan daripada satu disiplin asas kepada dua disiplin khusus, iaitu Mekanikal serta Elektrikal & Instrumentasi (E&I). Modul latihan turut ditambah baik dengan pensijilan industri seperti Sijil Kemahiran Instrumen & Pendawaian Kabel, Ujian Tanpa Musnah Tahap 2 (NDT), dan modul bersijil yang diwajibkan oleh industri seperti Keselamatan Bekerja di Tempat Terkurung (AESP), Pengetahuan Bantuan Cemas, Latihan Keselamatan dan Kesihatan (OGSP), dan Induksi Asas Keselamatan Luar Pesisir dan Latihan Kecemasan (BOSIET).

Selain itu, tempoh penempatan industri turut dilanjutkan daripada empat kepada enam bulan bagi memberikan pelatih pengalaman langsung dalam suasana kerja sebenar, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran mereka selepas tamat latihan.

“Kami percaya pengalaman menyeluruh yang dibina melalui gabungan latihan teknikal, pembangunan sahsiah dan pendedahan industri akan membentuk graduan yang lebih bersedia untuk menyumbang dalam sektor minyak dan gas,” – Azhar Ahmad, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengurus Besar Akademi Pelajaran INSTEP

Program OGWTP merupakan hasil kolaborasi antara INSTEP, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM), Dana Asy-Syakirin, Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC)
dan lebih 20 rakan industri. Ia dibiayai melalui dana zakat wakalah bagi memperkasakan belia asnaf melalui latihan kemahiran yang relevan dan bernilai tinggi.

Turut hadir dalam majlis ialah ADUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail, Pegawai Eksekutif YPM, Norhana Yaakub, Ketua Pegawai Eksekutif THRDC, Aminuddin Omar, Pengurus Besar
Pelaburan Modal Insan PETRONAS, Ahmad Munir Akram Ahmad Faiz, dan Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli.

Share Article